transformasi jiwa

kaedah minda super sedar


Hanya Jiwa Yang Mantap Mampu Menjana Minda Yang Bertenaga Serta Kehidupan Berkualiti

 

Meditasi super sedar adalah satu kaedah meditasi yang tujuannya hanya untuk mencapai ketenangan jiwa. Kaedah ini juga salah satu daripada kelompok meditasi dikenali sebagai Transcendental Meditation (TM). Ianya adalah suatu proses membawa segala aktiviti minda ke satu arah dan seterusnya menyepikan minda dari fikiran aktif serta bebanan emosi. Setelah mencapai satu tahap super sedar seseorang itu akan mengalami keheningan diri yang memberikannya suatu pengalaman yang membawa kepada kekuatan jiwa serta motivasi diri. Meditasi Super Sedar yang mudah dan praktikal ini akan membawa seseorang itu kepada empangan kreativiti serta tenaga jiwa tanpa batas yang akan menjadi asas kepada keharmonian fikiran serta menjadi kunci kepada banyak penyelesaian masalah. Ini kerana minda akan mempunyai cukup tenaga dan berada pada tahap kesedaran tertinggi manusia yang membuatkan seseorang itu mempunyai kewaspadaan yang tinggi, kreativiti yang berkualiti. Sementara itu tubuh fizikal akan mendapat rehat yang cukup kerana segala tekanan serta beban emosi yang ditanggung telah keluar melalui minda super sedar. Dengan jiwa yang tenang maka terpancarlah emosi positif yang mampu mengubah corak kehidupan seseorang itu.

Baru-baru saya mengadakan kursus sehari meditasi Islam. Ramai diantara kita tidak mengetahui tentang kewujudan minda super sedar atau super conscious mind. Mungkin jenis minda ini baru untuk masyarakat Malaysia tetapi kini negera luar terutamanya negeri atas angin, minda super sedar telah menjadi trend untuk megubah corak serta taraf hidup baik dari segi kewangan atau lain-lain. Kekuatan jiwa yang dijana oleh minda super sedar sebenarnya adalah modal terpenting manusia. Jika kita menggunakan minda super sedar maka jiwa kita akan mantap dan kental dalam mengharungi apa jua masalah dan ini akan membawa kepada emosi positif yang menjana kepada ketenangan minda. Segalanya hendaklah bermula dengan ketenangan jiwa setelah itu barulah minda dan fizikal. Inilah yang dikatakan modal utama manusia untuk berjaya dalam apa jua bidang. Bermodalkan inilah kita lihat ibnu sina serta, imam al ghazali dan lain-lain cendiakawan berjaya memberi perubahan kepada dunia, mereka kesemuanya mempunyai jiwa yang tenang. Justeru itulah mereka dapat melihat sesuatu perkara itu dengan mendalam hingga melepasi batas akal manusia biasa

Tujuan yang paling utama Transformasi Jiwa Minda Super Sedar tiada lain adalah memotivasikan diri atau menggerakkan masyarakat supaya jati diri mereka dibangunkan dan segera mencapai kejayaan hidup, agar setiap tindakan-tindakan serta langkah-langkah yang akan diambil sejak bangunnya jati diri merupakan kegiatan positif yang bermanfaat bukan saja untuk diri sendiri tetapi untuk agama, bangsa dan negara.

Manusia terdiri dari dua elemen utama iaitu zahir (fizikal) dan batin. Badan manusia terbentuk pada saat bertemunya sel telur dan sel mani. Pembentukan ini dipengaruhi oleh kekuatan atau energi dari fikiran, perbuatan, makanan dan suhu. Keempat-empat energi ini berinteraksi antara satu sama lain

lalu menghasilkan getaran neutral, positif dan negatif. Getaran tersebut akan memberi pengaruh pada badan. Bila getaran negatif yang mendominasi maka kesihatan seseorang itu akan terganggu. Meditasi atau dengan kata lain adalah meditasi iaitu suatu latihan mengimbangkan keharmonian akal dan perasaan. Meditasi atau meditasi telah lama diamalkan sejak zaman berzaman. Meditasi merupakan cara untuk mengembangkan getaran positif hingga dapat digunakan untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Secara ilmiah ia telah terbukti sebagai satu jalan penyelesaian pelbagai masalah termasuk pendidikan, kesihatan, kerezekian serta menjana kekuatan minda yang sebenar.

Hasil rumusan dan pengalaman Dr. Azhar Hj.Sarip, Pengasas dan Master Trainer Meditasi Super Sedar di Malaysia yang mendalam maka terciptalah suatu kaedah yang amat praktikal dalam mengatasi persoalan bebanan fikiran dan perasaan yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan di mana sahaja iaitu Meditasi Super Sedar. Kaedah Meditasi Super Sedar adalah satu teknik meditasi yang dapat diamalkan oleh semua tanpa dibatasi oleh agama dan kepercayaan. Latihan ini bertujuan untuk menguatkan fikiran melalui latihan konsentrasi agar fikiran lebih sedar dan bijaksana serta harmonis dan akhirnya mencapai kewaspadaan diri (self awareness )yang tinggi.

Semakin kerap kita melakukan meditasi semakin baik pengaruhnya, kerana energi negatif yang dipancarkan dari fikiran dan perasaan negatif dan memenuhi persekitaran akan diimbangi oleh pancaran energi positif sehingga menjadi neutral; pada saat itulah kekuatan negatif akan hilang diganti dengan kekuatan positif yang membahagiakan diri pengamal dan segenap anggota masyarakat

Dalam program SOUL POWER  peserta akan dikenalkan dengan pertukaran tahap kesedaran melalui perubahan frekuensi gelombang otak yang bakal memberikan pengalaman dimensi-dimensi diri yang halus serta mengupas rahsia diri hingga mencapai ectasy jiwayang akhirnya membongkar potensi LUAR BIASA serta jalan takdir yang cerah yang terhasil dari penemuan diri sendiri melalui minda super sedar.  Peserta juga akan didedahkan tentang kajian saintifik yang selama ini dianggap misteri bagi sesetengah golongan tanpa mengetahui bahawa ianya adalah satu fenomena biasa apabila kita berjaya menguasai diri sendiri..  Memetik tulisan  teman saya bapak setiyo dalam blognya menurut imam Al-Ghazali jika ilmu sampai pada hati, keadaan hati akan berubah, perilaku anggota badan juga akan berubah.  Perbuatan mengikut keadaan, keadaan mengikut ilmu, dan ilmu mengikut fikiran.  justeru itu fikiran adalah awal kunci kebaikan, jika fikirannya baik maka jalan kehidupannya baik dan fikiran hanya mampu dikuasai sepenuhnya oleh rohani.  Maka SOUL POWER adalah titik tolak anjakan paradigma rohani. 

Create a free website at Webs.com