Di kala orang sibuk dengan aliran kebatinan, Dr. azhar telah melangkau kepada pengkajian serta perlatihan sistem tenaga dalam. ketika tenaga dalam mula mendapat tempat, Dr. Azhar melangkah lebih jauh dalam memahami serta mengajar minda bawah sedar dan seperti selalu, Dr. Azhar mendahului trend apabila kehebatan minda bawah sedar sedang hebat diperkatakan, dia telah mengajar minda yang lebih halus dan tinggi, MINDA SUPER SEDAR berasaskan konsep meditasi Islam yang dikembangkannya sejak tahun 2000 lagi.
Anda mungkin pernah mendengar saranan minda (affirmasi), membentuk matlamat, pembayangan, berfikiran positif dan meditasi yang melibatkan minda bawah sedar.
TETAPI TRANSFORMASI JIWA MELALUI KAEDAH MINDA SUPER SEDAR MELANGKAUI KESEMUA ITU
Anda akan dilatih dengan formula rumusan Dr. Azhar serta tatacara hidup berTuhan dalam kehidupan.
APAKAH KUNIKAN PROGRAM-PROGRAM DR.AZHAR...
jika anda mencari seminar motivasi tentang bagaimana untuk menjadi kaya, mencapai kesempurnaan hidup dan mencapai apa jua yang anda inginkan maka sebenarnya anda mencari-cari jalan keluar dan tanpa sedar ianya tidak bertahan lama dan akan lebih meresahkan jiwa.
ada juga sistem yang menyatakan bahawa anda mampu mencapainya dengan kekuatan minda..
Maaf - anda mungkin saja akan berhadapan dengan kegagalan kerana ianya satu andaian yang salah.
MENGAPA SAYA BERKATA DEMIKIAN...
Anda sememangnya berhak untuk setiap kejayaan dan kebahagiaan serta mencapai apa jua impian. Kita dijadikan dengan pekerjaan dan sumber-sumber untuk melaksanakan pekerjaan tersebut. namun mengapa masih ramai yang tidak berjaya memilikinya sedangkan setiap insan itu mempunyai hak yang sama rata.
JAWAPANNYA...
Ramai diantara kita ingin menvapai apa yang mereka inginkan daripada apa yang telah ditetapkan.
Kebanyakan teknik yang ada mengajar anda untuk berkehendak serta bersungguh-sungguh dalam setiap impian kita tetapi teknik-teknik ini mempunyai satu masalah yang ketara iaitu :
Jika anda mempunyai matlamat yang BUKAN ditakdirkan maka dengan apa cara sekalipun anda akan gagal.
Anda akan mencapai apa jua keinginan yang anda impikan HANYA dan KALAU apa yang anda impikan itu telah ditakdirkan.
Maka sebenarnya setiap insan itu hidup denga tujuan dan misi yang ditakdirkan.
Ketahuilah dan selami tujuan anda dicipta maka jalan-jalan kejayaan menggamit setiap detik kehidupan.
Kehidupan anda bukan hanya BERJAYA bahkan akan LEBIH BERMAKNA
Setiap seorang dari kita dilahirkan dengan misi kehidupan masing-masing.
SOALANNYA ADAKAH ANDA TAHU APAKAH MISI ANDA DALAM HIDUP?
Jika jawapannya tidak maka anda akan sering menghadapi keresahan yang adakalanya datang dari masalah rumahtangga, kerjaya, kesihatan atau masalah sesama makhluk.
.Tetapi jika anda memahami dengan benar misi kehidupan and, apa jua rancangan nampak senang dan ringan kerana kini anda Hidup BerTUHAN dan anda juga dapat mengetahui apakah bidang sebenar untuk anda terokai agar anda menjadi manusia yang berjaya, bahagia dan mempunyai kehidupan yang bermakna.
Akhirnya apa jua keinginan anda akan dapat anda genggam kerana JIWA ANDA BEGITU KUAT dan MANTAP. Keadaaan jiwa itu MENJANA MINDA yang BENAR-BENAR POSITIF dan HEBAT dan hasilnya adalah KECEMERLANGAN dalam setiap detik kehidupan.
MENGAPA BENAR-BENAR POSITIF DAN HEBAT?
Kerana ramai yang berpendapat hanya dengan saranan dan kata-kata positif minda akan positif. Namun jika anda ambil satu senario yang mungkin juga anda pernah lalui yang mana minda telah disaran dengan KATA-KATA positif tetapi hati masih meragui kata-kata tersebut samada boleh atau tidak anda melakukan apa yang dikatakan. Itu tandanay anda tidak positif dan sukar untuk positif bahkan akan merosakkan sistem memori bawah sedar anda.
MINDA YANG DIKATAKAN POSITIF BELUM TENTU JIWA AKAN POSITIF TETAPI JIWA YANG POSITIF 100% MENJANA MINDA YANG POSITIF..
Dalam program transformasi jiwa dan soul power akan dibuktikan kebenaran ini.
Fahamilah Jiwa Anda maka Anda akan Menemui RAHSIA kejayaan hidup itu sendiri.
Justeru itu program-program Dr. Azhar membantu anda bukan hanya mencapai apa yang anda inginkan tetapi lebih dari itu dengan mencapai apa jua yang sepatutnya untuk anda.
Ianya menggabungkan KEKUATAN ROHANI dan penemuan SAINTIFIK yang dapat memeberi MOMENTUM HEBAT dan BERTERUSAN dalam menjana hasil yang cemerlang untuk memebentuk bangsa yang terbilang. Ianya adalah asas kepada MODAL INSANdalam setiap subjek.
Anda akan lebih menikmati sistem latihan yang melatih anda secara praktikal dan berkesan dalam mengharungi hidup bernama manusia.
PERTAMA - memahami misi seorang manusia dan sebagi individu
Pernahkah anda merasakan yang anda boleh pergi jauh dalam sesuatu bidang?
Mungkin sahaja anda merasakan anda mempunyai bakat tersembunyi yang bakal menggegarkan dunia,
Atau berkemungkinan anda merasakan anda mempunyai misi khusu yang perlu dilaksanakan.
bukankah ianya satu kebaikan jika anda mendapat petunjuk bagaimana menreliasasikan apa yang anda rasakan.
Kebanyakan seminar pembangunan diri memberitahu anda untuk mempunyai minda yang kuat bagi mencapai apa jua keinginan anda dan dalam rumusan ini saya rasakan ianya SILAP....
Anda akan berjaya HANYA dan KALAU ianya adalah yang ditakdirkan. Jika anda berlari ke matlamat yang salah akhirnya anda akan kecundang dan kecewa. Jika anda bukan ditakdirkan sebagai penyanyi tetapi anda berkeras untuk menjadi penyanyi maka sebenarnya anda sedang menganiaya diri anda sendiri.Anda sebenarnya adalah penjual goreng pisang dan sekiranya anda memahami akan hal ini dan dapat melihat bakat anda sebenarnya dalam bidang goreng pisang maka anda juga akan menjadi seorang yang mempunyai banyak wang dan bahagia. kerana itu kita sering melihat apa yang dikatakan jutawan senyap juteru mereka ini tanpa sedar berada dalam lingkungan bakat yang dikurniakan.
Minda tidak akan kuat selagi jiwa tidak kuat… itulah hakikat sebenar.
Denagn kata lain pemahaman tujuan serta misi kehidupan mampu mengubah anda dari seorang yang berjalan tanpa tujuan kepada seorang yang hidup dengan penuh makna dan bahagia.
KEDUA - MEDITASI SUPER SEDAR
Meditasi mungkin satu perkara sukar bagi yang tidak memahaminya tetapi kini hasil rumusan Dr. Azhar ianya adalah sesuatu yang mudah untuk semua golongan. Super sedar akan mula dialami di gelombang otak theta (bawah sedar masih dalam lingkungan alpha). Ketika berada dalam gelombang theta segala saranan, pembayangan, penyembuhan NLP, intuisi dan seumpamanya akan berjalan sendiri dengan momentum yang beratus kali lebih baik. Hal ini akan menjadi lebih hebat apabila seseorang itu berada dalam keadaan delta.
Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencapai tingkatan gelombang otak theta mahupun delta kerana Dr. azhar mempunyai formulanya tersendiri yang memudahkan tidak menyusahkan dan dapat dicapai dalam masa yang begitu singkat.
Apabila anda mengetahui rahsia super sedar yang dikembangkan Dr.Azhar, anda mampu berada pada gelombang-gelombang tersebut di mana-mana sahaja tanpa halangan dalam keadaan jaga.
Percayalah kebahagian pasti mendatang apabila keyakinan dengan Allah swt itu tidak goyah justeru itu asas rukun negara adalah kepercayaan kepada Tuhan. Persoalannya sejauh mana keyakinan dan kepaercayaan itu... Bagi kami yang mengamalkan meditasi super sedar keyakinan minimum adalah 100%
motivasi gagal... minda bawah sedar sukar dikuasai
selagi anda tidak mendalami
MINDA SUPER SEDAR
Create a free website at Webs.com