transformasi jiwa

kaedah minda super sedar


AWAS! tekanan emosi adalah masalah kesihatan no. 1

BEBAN EMOSI ITU SATU BENTUK VIRUS YANG BOLEH MEMUSNAHKAN MASA DEPAN DENGAN CARA YANG HALUS. RAWATLAH SEGERA MERDEKAKAN FIKIRAN & PERASAAN

 

 

   Insan terdiri dari dua elemen besar iaitu zahir (fizikal) dan batin.  Tubuh terbentuk sewaktu saat bertemunya sel telur dan sel mani yang dipengaruhi oleh energi dari fikiran, perbuatan dan makanan serta suhu.  Interaksi keempat elemen ini akan menghasilkan getaran positif dan negative.  Getaran ini amamt memberi pengaruh kepada tubuh dan jika sekiranya getaran negatif yang mempengaruhi maka kesihatan serta emosi seseorang akan terganggu.  Program Soul Power merangkumi kaedah Meditasi Islam Super sedar yang dapat membebaskan seseorang itu dari apa jua ikatan atau bebanan emosi dan masalah dengan cara yang praktikal dan pantas serta efektif tanpa ubat kerana dua elemen besar yakni zahir dan batin itu sebenarnya dikuasai oleh kekuatan rohani yang selama ini disalahertikan.  Program Soul Power yang diasaskan oleh Dr.Azhar mengupas Perjalanan Rohani yang perlu kita lalui setiap hari melalui kupasan sains yang jelas membuktikan keagungan Allah swt bagi yang memahami Al-Quran dan Sunnah.  

 

Allah swt mengurniakan setiap hambanya tiga jenis kesedaran iaitu kesedaran zahir yang paling rendah, kesedaran bawah sedar untuk perlaksanaan dan kesedaran super sedar yang juga dipanggil kesedaran Ilahiyah agar kita benar memahami misi kita di dunia dan menjalani kehidupan atas landasan Ilahiyah menerusi Al-Quran dan Sunnah.

 

Program ini bertujuan untuk menjadikan setiap dari kita kuat dari segi rohani, hebat mindanya lalu pada bila-bila masa dapat menjana hasil yang cemerlang dalam apa jua bidang.  Program Soul Power membuktikan bahawa kekuatan jiwa sebenarnya adalah kekuatan paling hebat yang ada pada manusia untuk menerajui kehidupan dunia. 

 

Program ini menunjukkan kaedah Paling Mudah, Paling Praktikal dan Paling Efektif untuk bergerak atas landasan hubungan dengan Allah swt dan sesama manusia pada setiap saat. 

 

Program Soul Power terbahagi kepada tiga modul iaitu 

Modul 1 : Teknik Emosi Sifar 

Modul ini akan menceritakan konsep Super Sedar dalam pembentukan insan.  Kaitan Perjalanan Rohani dan kehidupan manusia serta Formula untuk mencapai rasa kecintaan Allah swt yang mudah dan praktikal di samping mempelajari asas-asas pemasaran spiritua serta konsep hukum penarikan (Law of Attraction) untuk menarik segala yang positif.

 

Modul 2 : Meditasi Islam Super Sedar

 

Modul ini bertujuan melatih setiap peserta untuk mencapai kesedaran diri dengan beberapa teknik meditasi yang akan membawa perjalanan ke dalam diri serta mencapai kesedaran ilahiyah yang akan memandu peserta untuk menjalani kehidupan yang bebas dari ikatan yang membebankan.  Peserta juga dilatih dengan menggunakan meditasi khusus untuk mencapai tahap theta dan delta tanpa memerlukan jangkamasa yang panjang. Ianya juga adalah kaedah atau tatacara amali / praktikal  untuk mengaplikasikan Law of Attraction agar setiap yang positif akan diperolehi atas izin Allah swt

 

Modul 3 : Paksi Jiwa

 

Modul ini akan membongkar setiap aplikasi meitasi yang selama ini tidak ramai yang mengetahuinya dalam hubungan sesama makhluk.  Setelah menjalani dua modul para peserta akan mula dapat menguasai dirinya senir dan kini mereka dtunjukkn beberapa rahsia untuk menguasai yang lain agar dapat menjaga hubungan sesama makhluk.  Modul ini juga mengajar beberapa kaedah aplikasi lainnya seperti penyembuhan super sedar dan pemasaran spiritual lanjutan.  Ianya membongkar keupayaan niat yang selama ini tidak digunakan oleh kita

 

Manfaat dari Program Soul Power

Program Soul Power dijamin tidak mengandungi unsur khadam, jin, atau apa jua dampingan kerana ianya berdasarkan kepada kupasan Al-quran dan Sunna melalui pembuktian saintifik.

 

Setelah dibongkar segala rahsia yang ada dalam diri manusia melalui kaedah Super Sedar maka anda akan mengetahui :

 

  1. rahsia kekuatan jiwa (ramai yang menyangka minda yang perlu kuat tetapi hakikatnya jika jiwa tidak mantap, semuanya hanya angan-angan belaka)
  2. rahsia khusyuk dalam ibadah (ramai yang bersolat tetapi hakikatnya tidak kerana waktu itu fikiran mereka ada bermacam-macam cerita)
  3. rahsia hakikat kerezekian (ramai yang berdoa minta dimurahkan rezeki tetapi masih juga belum mencapainya, mengapa?)
  4. rahsia kehebatan diri (kehebatan fizikal meliputi tubuh dan digunakanuntuk memenuhi keperluan. Kehebatan Jiwa melalui kesedaran ilahiyah dan perasaan cinta terhadap Allah swt mengatasi segala kekuatan. Tak kenal mak tak cinta, hanya pandai berkata-kata)

 

Anda juga akan mula dapat menguasai keadaan sekeliling hasil dari penguasaan diri.  Kajian menyatakan bahawa 90% dari kehidupan kita melibatkan orang sekeliling dan jika kita tidak mampu menguasai mereka maka kita akan sering dikuasai mereka dan da tidak akan merdeka bahkan sering duduk dalam kotak kegagalan.  Program ini akan memberi manfaat yang cepat untuk anda memahami situasi keadaan dan manusia serta menguasai kedua-duanya terutamannya soal kewangan kerana sahabat sebaik mana sekali pun akan merasa takut jika anda tidak mempunyai wang.  Anda kini akan mengetahui bagaimana cara mendapatkan wang apabila anda mencipta hubungan anda dengan Allah swt dengan betul. 

 

Corak kehidupan anda akan berubah !!! kerana Program Soul Power ini merangkum Kaedah Paksi Jiwa yang mengubah anda menjadi seorang yang :

 

  • Hidup penuh semangat, berkeyakinan tinggi serta fokus.
  • Mampu membuatkan orang menyukai anda dalam masa begitu singkat.
  • Dapat mengendalikan serta menguasai diri untuk menghilangkan tabiat buruk, stress dan seumpamanya. 
  • Mengalami perubahan positif kekal.
  • Dapat mengupas punca setiap masalah dan menemui jalan keluarnya.
  • Mempengaruhi orang dalam pelbagai urusan dan pergaulan

 

 (***bukan program tenaga dalam, NLP, tiada trik tiada supernatural)

JANGKAMASA : sehari ( jam 9.30am hingga 5.30pm) 

Yuran : RM650/-

 

 KURSUS LATIHAN INSTRUKTOR

Latihan ini bertujuan untuk menyediakan kelengkapan diri bagi mereka yang ingin menjadi instructor atau tenaga pengajar meditasi super sedar.  Latihan ini memerlukan komitmen yang padu dari segi masa dan disiplin kerana seorang tenaga pengajar perlu bersedia dari segala segi.  Kursus ini membolehkan peserta menguasai sepenuhnya Meditasi Islam, Ilmu Paksi Jiwa serta Meditasi Maya Sakti.  Disamping itu juga peserta akan dilatih oleh beberapa jemputan untuk modul lain seperti presentation skills dan lain-lain.  Peserta akan dilatih untuk mengenal dan menguasai setiap gelombang secara mendalam melalui teknik khusus serta kaedah mencuci jalur insan bagi bakal murid.  Sila hubungi Dr. Azhar untuk keterangan lanjut.

JANGKAMASA : Tiga Hari

siapa yang perlu menyertai Soul Power  (SP) 

1.  mereka yang inginkan transformasi diri SP akan mengubah anda menjadikan anda seorang baru, yang begitu positif dalam hidup dengan formula yang MUDAH dan PRAKTIKAL 

2.  mereka yang stress - SP akan mencantas akar yang menyebabkan tekanan dalam hidup anda dan stress kini adalah mainan hidup yang amat mudah dikendalikan

3.  mereka yang punya banyak masalah - setiap manusia pasti mempunyai masalah.  SP akan mengajar anda satu kunci untuk membongkar setiap masalah agar anda dapat menyelesaikannya.  Menyertai SP adalah langkah pertama untuk menyelesaikan apa jua masalah yang anda hadapi.  

4.  mereka yang ingin hidup berjaya dan bermakna SP merupakan satu bengkel untuk mengupas erti kejayaan dan perlunya hidup bermakna.  Wang tidak boleh membeli kebahagian namun jika tiada wang anda akan lebih bermasalah dan bahagia menghindar...  SP ada formulanya untuk mendapatkan keduanya, bahagia dan wang.

5.  mereka yang terlibat dalam perniagaan - SPmembentuk anda untuk menjadi seorang decision maker yang dapat menggunakan intuisi yang tepat.  Keputusan yang tepat adalah satu keperluan dan perniagaan. SP juga akan membongkar rahsia asas memasarkan produk atau diri anda secara spiritual melalui kaedah  pemasaran spiritual soul power.  Biarkan kekuatan jiwa anda yang memasarkan produk anda.

5.  mereka yang terlibat dalam perniagaan SP membentuk anda untuk menjadi seorang decision maker yang dapat menggunakan intuisi yang tepat.  Keputusan yang tepat adalah satu keperluan dan perniagaan. SP juga akan membongkar rahsia asas memasarkan produk atau diri anda secara spiritual melalui kaedah asas pemasaran spiritual soul power.  Biarkan kekuatan jiwa anda yang memasarkan produk anda.

6.   mereka yang kurang keyakinan diri SP akan mengajar anda bagaimana untuk mencapai kekuatan ruh yang akan menjadikan anda seorang yang berkeyakinan tinggi dan mampu menguasai diri sendiri. Orang yang boleh menguasai diri sendiri akan mampu menguasai yang lain.

7.  mereka yang inginkan ibadah yang berkualiti SP adalah kaedah minda super sedar yang berteraskan kepada kecintaan kepada Allah swt 100%.  Justeru anda akan mengerti mengapa selama ini anda tidak khusyuk dan mengapa keyakinan anda kepada Allah swt kurang walaupun mulut anda mengatakan yang anda yakin.  Anda juga akan mengetahui apakah yang dipanggil memerangi nafsu secara praktikal. 

8.  mereka yang mempunyai sakit SP sudah terbukti dapat membawa peserta dan pengamalnya bertemu dengan ubat yang serasi untuk mengubati penyakit yang mereka hidapi.  SP bukan mengubat tetapi membawa pengamalnya untuk bertemu ubat yang sesuai dengan

 

                                                                              YURAN PROGRAM                                                                    

KURSUS

INDIVIDU

KUMP KECIL

TERBUKA

TELECLASS

Teknik Emosi Sifar (TES)

-

RM200

RM180

-

Soul Power (complete)(TES, MI, PJ)

RM750

RM650

RM650

RM500

    Korporat  hubungi 016-909 7211

atau 

019-322 9211

Instruktor

 RM2700

 -

-

-

 

                                                                      

Create a free website at Webs.com